Monday, July 15, 2013

Wah Russia pula... =D

ehemmm lepas hari tu Jepun menguatkuasakan pengecualian visa kepada pelancong dr malaysia...n now berita baik lg buat traveller, backpacker, tourist atau apa2 la yg sewaktu dgnnya di Malaysia sekelian kerana khabarnya Russia juga akan mengambil langkah yg sama!kalo betul ni...wahhh bestnya...boleh la nak bergambar di hadapan Moscow Kremlin!hehehe

Malaysia, Russia sedia tandatangan perjanjian penghapusan separa visa

PUTRAJAYA: Malaysia dan Ruasia sedia menandatangani Perjanjian Penghapusan Separa Visa yang memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara. 


Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang melakukan lawatan rasmi ke Russia dari 9 hingga 11 Julai lepas telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Sergei Lavrov dan mereka berpuas hati dengan hubungan baik Malaysia dan Russia.


"Kedua-dua menteri mahu hubungan baik Malaysia-Russia dipertingkatkan melalui pertukaran lawatan, termasuk lawatan rakyat kedua-dua negara itu. Dalam hal ini, kedua-dua menteri telah mengalu-alukan kesediaan menandatangani Perjanjian Penghapusan Separa Visa," kata kenyataan itu. 



Menurut kenyataan itu kedua-dua menteri turut berpuas hati dengan status rundingan perjanjian bagi 'Establishment of a Joint Malaysia-Russia Commission for Economic, Scientific, Technical and Cultural Cooperation (ESTC)'. 
(Pembentukan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia untuk Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan)


"Perjanjian yang menyediakan mekanisme dua hala itu akan meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Russia, dan dijangka dapat ditandatangani dalam masa terdekat," kata kenyataan berkenaan.


Kenyataan itu menyebut kedua-dua menteri terbabit turut memberikan komitmen tinggi untuk meningkatkan hubungan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

"Malaysia dan Russia akan meneruskan kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, pertahanan, sains dan teknologi," kata kenyataan itu. 


Dalam lawatan rasmi itu, Anifah turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen Rusia, Alexey Pushkov. 


Selain ditemu ramah oleh stesen televisyen Russia Today, Anifah juga mengadakan majlis berbuka puasa bersama komuniti Malaysia di negara itu. - BERNAMA 

10 comments:

  1. Replies
    1. selamat insyaAllah..ramai je org kita dah ke sana melancong, belajar..hehe

      Delete
  2. setuju tu akak, kawan saya pun ada belajar dekat sini, ok je dia cakap...sonok la macam ni, tak yah penin pale fikir nak wat visa bagai, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...mmber sy br2 ni ada pi mting kat sana...susahnya nak dptkan visa wpun atas urusan mting + kerajaan ni kan...kena mcm2 surat...hehehe so kalo dah takde visa ni, haruss laaa memudahkan traveller utk ke sana...hehehe trans-siberian la!hehehe =D

      Delete
  3. wow ber trans siberian katanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe harus la kan....tp kena gigih sket la duk lama2 atas train tu...hehehe

      Delete
    2. Saya pun teringin naik keretapi tu!

      Delete
    3. hehe salah satu wishlist sy, tp bukan utk masa terdekat...masih jauh lagi perjalanan sy nak mengembara ni...hehehe nak habiskan yg dkt2 dulu.. =D

      Delete
  4. alhamdulillah... insyA one day.. tqs for sharing..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...nanti kalo dah pergi, leh share experience... =D

      Delete