Friday, November 1, 2013

Golden Triangle Tour di India!

ok lari kejap dari cerita Aussie...aku nak beralih jap cerita ke INDIA!hehehe saje la aku nak share maklumat pasal trip aku ke India dulu...masa aku ke India tahun 2011 dulu merupakan pengalaman pertama aku berjalan ke luar negara yang di luar kepompong ASEAN...aku pun tak pasti apa yg mendorong aku dan sue untuk ke India masa awal-awal berjinak dengan dunia travelling di luar negara...kalo Jakarta dan Bandung kira ok la kan for orang yang baru belajar travel ni kan...maybe sbb masa tu adik Sue yg belajar kat India...so bajet ada peneman la nanti masa jalan-jalan di sana...aku ingat lagi masa beli tiket tahun 2010 tu...aku beli pada malam yang sama tiket ke Jakarta menggunakan KLM dan tiket ke New Delhi menggunakan Airasia X...masa tu beli tiket ke New Delhi, return ticket including meals dan luggage hanyalah RM346 sahaja!murah giler kan...

lepas beli tiket, tetiba datang kecuakan bila ramai org dapat tahu, semuanya memberikan reaksi yg negatif?kenapa India?negara tu busuk, kotor..tak selamat...even parents aku pun bising kenapa India pilihan aku...masa ni, aku ngan Sue mula dah ragu-ragu...tapi dalam ragu-ragu tu, ada officemate aku yang selalu ke India buat audit memberikan gambaran yang positif pada aku...makanya, gigih la kami buat persiapan lepas tu...kena tukar duit, buat visa etc...dalam pada tu, tiba-tiba adik Sue cakap dia tak dapat join trip kami...sebab dia ada exam..lagipun dia jauh di Bangalore..lagi la nervous woih!tapi nasib baik lepas tu adik Sue kenalkan kami dengan wakil travel agent di sana...aku tak ingat nama budak tu, tapi dia pelajar Malaysia yang jadi agent untuk company Columbus Holiday / Discover Destination kat India tu especially di Bangalore...company ni banyak buat trip dengan student Malaysia kat sana...so lepas berbincang semua, kami bersetuju mengambil Golden Triangle Tour dengan harga yang sangat murah pada aku iaitu sebanyak RM2,000 untuk 2 orang bagi trip 6 hari 5 malam...pakej termasuk penginapan di hotel 3 bintang selama 5 malam, driver dan kereta 24/7 dengan kita, perjalanan ke 3 buah negeri iaitu Delhi, Agra dan Jaipur di mana jarak antara lokasi adalah 6 jam, air botol setiap hari dan paling best, personal guide di setiap tempat yang kami pergi...haaa kira trip ni eksklusif untuk kami sahaja tau...
tapi barang diingat, ni harga 3 tahun yang lalu la...so sekarang aku tak sure berapa harga dia...tapi pada aku SANGAT SANGAT BERBALOI mengambil pakej ni...ada orang cakap tak thrill la kan pakai pakej...takpela, aku memang jenis tak bape thrill mana pun, tapi tetap nak pergi India...hahaha lagipun pergi berdua je perempuan, masa tu baru belajar travel, tak berani lagi nak main redah je...lagi dengar macam-macam cerita pasal India kan...so itulah pilihan terbaik yang kami ada semasa itu...pastu tempat makan pun driver atau guide akan bawa ke tempat yang bersih macam restoran dan hotel..tapi tak mahal mana laa...mampu je..sebabnya company ni registered dengan government, so diorang jaga kualiti servis mereka...baguss!hehe so apa lagi kawan-kawan...siapa yg belum pernah ke India, boleh la masukkan dlm wishlist!aku nak cakap, jejak la India walau sekali...sebab sana mmg best!uniknya sana tu!aku suka!kalo ada rezeki, aku nak repeat India...tapi kali ni nak ke Bangalore dan Kashmir pula!InsyaAllah 1 fine day..so sape berminat nak ke India menggunakan pakej yang sama ngan aku pernah ambil dulu, boleh la refer ke FB Discover Destination ni...nama owner dia Mr Amit...baik orangnya...hensem gak mcm hero hindustan!hahaha

ok, aku share juga sikit info masa tu, bajet perbelanjaan aku di sana...total semua duit habis adalah RM2,000...jumlah ini termasuk RM350 untuk flight, RM1,000 untuk pakej hotel, kereta, driver dan guide, RM250 untuk entrance fee, RM400 untuk makan di tempat-tempat yang agak mewah....tapi bajet ni tak termasuk shopping la...shopping tu bergantung kepada individu la kan....hehehe~

:: Agra ::
:: Jaipur ::
:: Delhi ::

9 comments:

  1. Yeay...teman travel yg sedia..mesti ngan Sue kan..JM suka gambar di Jaipur tu...teknik gambar yg cantik...depan Taj Mahal..Murah tu RM2000 je..kalau hensem..JM nak lah ambik pakej ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ha laa JM dari awal ngn sue je yg sekepala travel...dah lama2 ni, br la ada tmbahan sikit2...hehehe hensem amitji tu, tp bukan dia la bawak ktorg...dia. jumpa greet kami masa smpai n b4 balik je kat hotel delhi...hahahaha yg bawak ktorg tu, ala-ala hero tamil la...hehehe

      Delete
  2. Kalau harga tour still murah, boleh consider ni. Tapi India memang xde dalam list nak pegi walau Taj Mahal macam dah menyeru haritu; ala replica kat Shenzhen je pun kan.

    Tix flight tu seriously murah! Macam xpecaya je tau. Kan best kalau tix Osaka murah macam tu juga. Sob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sana unik tau...cuba la usha2, mana tahu datang seru nak ke sana...hehehe tu la, now tak dpt dah kot harga tiket mcm tu..dulu2 je ada ngn AA ni...heheheh

      Delete
  3. salam..boleh share email tour guide tu tak..sebb sy nak p september ni.hehe
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sorry dah tak ingat...tapi boleh cari mereka di FB...

      Delete
  4. Salam akak nak tanya kalau tips akak kasi tak driver yg bawak akak tu eh?

    ReplyDelete