Thursday, November 7, 2013

JJCM Sambil Kerja di Borneo ~ Part 4

Day 4 : 30 Oktober 2013 (Rabu)

esok harinya, hari Rabu, sebab semuanya kepenatan semalam...semua sambung tido!tapi bila mengenangkan big boss nak sarapan sorang-sorang sebab hotel ni tak sediakan sarapan...so ada rasa bersalah la juga kan..kul 9 pagi kami janji pergi breakfast dengan big boss...disebabkan hotel kami ni lokasi amatlah terbaik!terletak dalam Warisan Square berhadapan waterfront di Kota Kinabalu ni...makanya kami hanya perlu jalan dekat sahaja untuk sampai di Restoran Sri Melati...terletak di dalam Warisan Square juga cuma jarak 1 blok dari hotel kami...kira Warisan Square ni mall dalam bentuk rumah kedai la...sampai di sana, terpegun melihat kedai yang cantik!terus kami order nasi lemak ayam goreng...dan teh c peng!asie sempat ambil sebiji kuih tempatan..tak tahu nama, tapi rasa liat-liat macam dodol...mungkin Bibie Karim boleh tolong beritahu....hehehe..harga makan kat sini untuk semua orang aku rasa tak sampai RM50...kurang pasti sebab big boss belanja!hehehe lepas makan, aku gegas balik hotel sebab rina nak datang ambil ikan terubuk masin...mak rina nak balik johor dah hari ni...
lepas tu, driver pun sampai untuk membawa kami ke pejabat rakan sejawat di Kota Kinabalu ni...lepas jumpa pegawai yang incharge event ni..bincang perkara-perkara yang perlu untuk event esok, then jumpa dengan pegawai-pegawai yang akan ditugaskan bersama kami esoknya...pastu jumpa ciksiti, sakan borak pasal macam-macam isu terkini...then ciksiti bawa kami lunch di Restoran Kak Nong di Jalan Sembulan...wah cantik kedai ni dan bersih...aku order nasi bersama ayam masak salted egg, asie ambil nasi bersama sambal udang dan ais buahan...memang sedap...irma pula ambil soto Jakarta...seriously semuanya sedap!aku dengar roti homemade di situ pun sedap dan famous tapi tak sempat rasa pula..kali ni ciksiti pula belanja kami..wah murah betul rezeki hari ini...
dah kenyang, kami terus menuju ke tempat event untuk uruskan pape yang patut untuk event esok...selesaikan apa yang patut di situ..then masa nak balik ke hotel, aku minta driver turun kan aku berhampiran Restoran Kak Nong tadi sebab nak jumpa dengan rina..bersungguh dia nak jumpa je...rindu aku la tu..hehehe so kami janji jumpa di Restoran Sala Thai...asie dan irma plak pergi shopping ikan bilis!tak lama lepas rina sampai, rupanya restoran nak tutup awal...tukang masak balik kampung katanya...so terus kami gerak ke kedai sebelahnya..aku tak sure nama kedai...makan mi goreng, mihun tomyam...rina belanja...seronok sebab dapat jumpa aida for the 1st time..besar dah dia...adam lagi la..tak duk diam dah...hehe lepas lepak, rina pun hantar aku balik ke hotel...dengan janji esok dia nak jumpa aku lagi..
jam 7.30 malam, kami semua siap-siap sebab ciksiti nak datang ambil..nak pergi makan di Kampung Nelayan Floating Seafood Restaurant!wahhh siap ada pertunjukan kebudayaan lagi tu...diorang order lauk-lauk macam ikan siakap, sotong tepung, tauhu, udang salted egg, sayur sabah yang sedap dan siput tarik...wahh sedap juga makanan di sini..layan juga tengok persembahan..sambil kami bergelak riang ria...masa nak bayar mula-mula ciksiti nak bayar, sekali big boss aku mendahului daa...hahaha rezeki aku lagi la hari ni fully sponsored makanan aku...Alhamdulillah...dengar makan di sini sangat mahal...huhuhu pastu kami pun bergerak balik ke hotel dalam kekenyangan....selalu kalo aku ke Kota Kinabalu ni, kawan aku akan bawa aku ke Salut untuk makan seafood...sedap kat sana tu...tapi member aku tu dah pindah Semenanjung...so dah takde sape nak bawak aku ke Salut dah...huhuhu

Day 5 : 31 Oktober 2013 (Khamis)

hari terakhir di Sabah...awal pagi kami dah menuju ke tempat event...siap-siapkan setting semua benda...lepas majlis berjalan dengan lancar...cuma gangguan sikit la panggilan dari pejabat nak itu dan ini...sabar je lah....pastu kami layan makanan yang best disediakan...siap bersila atas lantai je sebab meja dah penuh...hehehe selesai majlis, kami solat siap-siap di situ...
lepas tu kami pun bergerak semula ke hotel...sebab nak ambil bill...pagi tadi masa check out tak sempat buat katanya...so aku turun kat hotel dan tunggu rina...diorang yang lain terus menuju ke pasar nak beli udang fresh katanya...sekali takde pulak...pasar dah tutup...so rina ambil aku, terus kami ke airport..ngam-ngam sampai, diorang pun dah siap-siap nak check in dan drop luggage...pas dah setel semua, tengok jam baru 2.30 petang!flight kami kul 5.30 petang...so rina cadang angkut semua pi jalan jap...big boss je pi lepak lounge...dia takpela, business class...hehehe so rina bawak kami ke Jamilah!asyik dengar kmyza cakap je pasal Jamilah ni kan..rupanya kedai nak beli mutiara dan kristal..eksklusif la banding beli di pasar filipin tu..dan cantik-cantik...tapi aku takde beli la...pas tengok beriya kmyza dan irma shopping, aku ajak asie dan rina lepak kedai sebelah makan bakso yang sedappp...oh kedai Jamilah ni belekang Le Meridien Hotel je...
then rina pun hantar kami semua balik ke airport...sedih berpisah ngan rina, bila la agaknya nak berjumpa lagi...lepas tu terus kami masuk ke boarding hall....pergi carik tempat charge hp...nasib kat boarding hall ada kedai minum...so order air, order kek, order muffin...tumpang charge hp di situ...lewat sikit dari 5.30 ptg, kami pun menaiki pesawat menuju ke KLIA...steward kali ni agak rude la..aiyooo nasib tak baik asyik jumpa orang rude kan...memalukan MAS betul...patut aku report je staf-staf MAS yang buat perangai ni...boleh dia sound marah-marah pasal irma nak letak barang kat atas tempat simpanan hand luggage?lepas tu masa dia edarkan makanan, dia cakap la tinggal ayam je, ikan dah habes...kmyza saja la cakap 'ala....' sekali mamat nih boleh sound cakap...'nak makan, makan..taknak sudah...ada aku kisah?bersyukur la sikit ramai lagi kat luar sana tak dapat makan'...wahhhh masa tu memang aku panas hati betul..terus aku tengok muka dia tepat-tepat dan aku baca nama dia depan muka dia sambil aku buat muka kerek aku...haaa terus lepas tu buat baik okeh...tertumpah air sikit je pun kat tepi aku, beriya mengelap!tahu ko takut kan?takde adab sungguh!huhuhu lepas tu aku terus layan movie je...smpai di KLIA jam 8 malam...siap-siap ambil beg semua..kami pun pulang ke rumah masing-masing...abah datang jemput aku...huhuhu penat!selesai dah tugas di Borneo...dan sambil menyelam harus minum air kan...happy!

8 comments:

  1. Wah banyak betul sesi menambah kolesterol ye... OK lah tu sesekali apa salahnya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu la pasal...asyik makan je..tu makin membesar bagai juara tu...hehuuuu

      Delete
  2. JJCM sambil kerja...cam makan je lebih dari kerja ni..ehehehe...jgn marah..gurau tau..semua nampak terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja tak payah cerita banyak kat sini JM...hahahaha!

      Delete
  3. waaa.. kenapa tgk sedap sgt restoran seafood tu.. tertarik menarik den :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la psl..mmg best...lagi free, lagi la best....hahaha

      Delete
  4. Kuih yg liat cam dodol tu namanya jelurut...hihi speciality suku kaum Brunei

    ReplyDelete