Sunday, March 16, 2014

Emak's Birthday di Restoran Serai, Cyberjaya

sebenarnya birthday mak jatuh pada esok....17 Mac 2014....birthday yang ke 56 tahun...Happy Birthday mak...tapi sebabkan hari esok semua kerja, takut tak dapat nak kumpul semua orang, dan hari ni pula abang dan na ada hal...so kitorang decide keluar dinner ramai-ramai pada malam semalam...disebabkan semua sibuk, aku pun sibuk baru balik jepun, urus hal rumah semua lagi....so tak decide pun nak makan mana...cuma deal dalam whatsapp adik beradik cakap dinner sabtu malam...haaaa dah nak dekat maghrib semalam, barula aku terhegeh-hegeh tengok kat internet mana nak makan...cari punya cari...nak area dekat-dekat je la kan...so terjumpa la yang Restoran Serai telah dibuka di Cyberjaya rupanya!haaaa restoran ni famous di Empire Gallery, Subang...duk nak pergi dari dulu, tapi tak pernahnya sampai....so tak lepas peluang la kali ini kan...dalam jam 8 malam, abang sekeluarga sampai..buat kecoh dulu zara nyanyi lagu birthday untuk opah....hahaha then kami gerak menuju ke Cyberjaya...
Restoran Serai ini terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya...terletak di level 3A...so kalo lalu bangunan tu jangan la dicari pada level bawah tu...sebab kena naik escalator, sampai ke level 3A...haaa restoran tu terletak betul-betul di tepi escalator tengah tu...sampai je, tengok ramai juga orang...nasib ada meja untuk kami...kedai ala-ala macam fine dining la juga kan....ha apa lagi, dalam kelaparan, masing-masing terus tengok menu dan order...pilihan makanan yang banyak dan menggamit selera betul...kami order dessert Berry Pavlova dia yang famous tu (RM15.90) dan Hazelnut Roche (RM15.90)....memang meletup rasanya!sedap!dessert dimakan as appetiser memandangkan semua dah kebuluran...hahaha 
lepas tu, untuk main course ada yang order Serai Platter (RM25), Nasi Kerabu (RM22), Spaghetti Seafood Marinara (RM27), Middle Eastern Medley (RM45) dan butter prawn size standard (RM52)...memang agak mahal la dia punya harga....tapi....portion setiap makanan adalah sangat besar dan boleh dikongsi, makanan pun sedap sangat dan tak kedekut bahan....sangat puas hati dengan makanan yang dihidangkan...so apa lagi, kalo ada yang teringin nak merasakan makanan yang enak-enak kat sini, boleh la cuba ya!
lepas tu kami lepak-lepak jalan kat building tu sambil bergambar, sebelum gerak pulang ke rumah....hehehe Alhamdulillah...selesai...tapi mak sibuk ajak pi bercuti....dalam negara je la....sebabnya nak sambut birthday dia dengan adik sekali...sebab kali ni adik takde, adik aku akan balik hujung bulan ni, insyaAllah...balik for good... =D

10 comments:

  1. Selamat hari lahir mak ehhh silap selamat hari lahir makcik heeeee
    Seronok kan dpt kumpul sekeluarga mcm ni leh eratkan silaturrahim. Mcm mana keadaan opah dj skrg ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe smpai tersasul JM ni ye...haha opah?oooo bkn opah...yg xsihat tu tok lelaki..still on off msuk spital...ni jap lg nkpi spital la JM...

      Delete
  2. Selamat hari lahir Makcik. Semoga panjang umur, murah rezeki! Ha kalau masuk kedai makan harga mahal, tapi portion banyak & xkedekut memang berbaloi. Kita pun xrasa ralat nak datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks beb! haah aku pun mcm tu, kalo mahal tp sedap n besar portion, puas hati makan...aku layan ajeee....hehehe

      Delete
  3. Selamat Hari Lahir Kak..Semoga dirahmati Allah dunia akhirat. untung mak DJ, anak2 sentiasa menghargai jasa baik melahirkan dan mendidik sampai berjaya. sedap2 nampak makanan kat serai ni. nak2 pulak butter prawn dia slurrrppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...Amin...butter prawn tu mmg sangat sedap!masih teringat2 kesedapan dia...dah la portion besar...hehehe

      Delete
  4. Adoila tngk makanan tu semua... lapar sangat nih...rasa nk try la satu hari mkn sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended to try ni...hehehe mmg sedap!

      Delete