Wednesday, June 1, 2016

Dolly Dimsum di Nu Sentral & Avenue K

dah lama gilaaa sebenarnya aku teringin nak makan di Dolly Dimsum nih...sebabnya adik aku asyik cerita sedap jer kan...makanya pada cuti buruh yang lepas, aku buat JJCM 3 Beradik dengan adik-adik aku...hahaha makanya Dolly Dimsum menjadi restoran pertama yang kitorang terjah!Dolly Dimsum ini mempunyai 2 cawangan so far...satu di Nu Sentral dan satu lagi di Avenue K...dengan adik-adik aku ni, kami terjah Dolly Dimsum yang terletak di Nu Sentral...
masuk je restoran ni, aku duk usha kawasan...adik aku duk cakap restoran yang di Avenue K lagi cantik...yang ni kecik sikit laaa...tapi aku suka jer deko diaaa...ala-ala kampung gituuu...tapi aku segan nak ambil gambar beriya, sekeping dua dah cukup la ye...hehehe sejak usia menginjak dewasa ni, sifat pemalu tu makin menebal plak...pesal tah...hahahaha dan lepas usha-usha kami decided untuk duduk di belah luar...
dah duduk tu apa lagi, meh laaa kita usha menu...hehehe kebanyakannya adik aku yang order masa ni sebab dia dah biasa datang...aku meletakkan kepercayaan jer la pada dia masa nih...terdapat pelbagai jenis steamed and fried dimsum kat sini...korang pilih je laaaa mana berkenan ikut tekak....selain tu, ada juga cheong fun, other baked and fried item, congee, nasi dan noodles...haaaa pilih laaa mana yang berkenan kat hati tuu...selain tu terdapat juga pelbagai jenis dessert dan minuman...haaa harga kat sini pula, ok laaa boleh tahan...
lepas dah order, ayuh kita berkenalan dengan Si Dolly ni haaa...ada 3 orang Dolly atau pun Dolly pakai 3 baju yang berbeda warna...hehehe jangan tanya aku nape nama kedai ni Dolly lah...aku malas nak carik...hahaha dan kat bawah tu pula adalah adik beradik kawan Dolly, si DJ...hahahaha....
tak lama menanti, sampai laaaa makanan kami satu persatu...tapi yang tak bestnya di sini makanan tak sampai serentak so takleh nak flatlay lawo-lawo...hahaha adik beradik plak dasar piranha, sampai je makanan terus makan...hahahaha untuk air kitorang order Jasmine tea untuk 3 orang...RM3.70 per pax...dia bagi la seteko tu haaa...
untuk makan pula kami order Thai Style Fried Rice (RM21.00) yang sedappp dimakan kalo bersama cili potong...pastu ambil Prawn Cheong Fun (RM11.80) dan juga Beef Cheong Fun (RM10.20) yang sedappp!lagi ko makan dengan sambal dia tu...seriously sedap!nyummm!lagi kitorang order Pan Fried Radish Cake (RM8.60) yang sedap jugak...biasa aku makan ni dia masak macam kueh teow goreng tu, rencah kat luar radish cake, tapi yang ni rencah dia tu kat dalam radish cake...tapi sedap laaa...
lagi order chicken siew mai (RM9.50) dan Dolly Mozza Roll (RM11.50) yang sedap juga laaa...tapi yang adik aku amek Chewy Meat Croquette (RM8.60) tu tak berapa nak sedap pada aku...ktorang order sebab ingat sedappp macam kat Jepun dolu...hehuuuu
haaaa bila dah makan dimsum ni memang tak sah la kan kalo takde sos merah dan hitam dia ni kan...haaaa both sos ni memang sedappp...aku suka!
dan akhir sekali, menu yang dinanti-nantikan...sebab adik aku duk cakap sedap gilaaaa...tadaaaaa Egg Custard Bun (RM7.50)!steamed bun ni ko kena makan cepat masa panas-panas supaya custard dalam dia tu mencair meleleh kooo dari mulut!hahahaha nyummeh...memang sedap!hakak suka!yang ni kena order lebihhhh sikit...hahahaha
overall kami makan kat sini sedap laaa dan aku rasa memang nak datang repeat lagi nanti...hahaha semua pun sedap dan kena ditekak...total damage untuk kami bertiga makan light light jer tu adalah RM118.00 sahaja...ok la kan...nyummm!
dan tak sampai seminggu dari lawatan pertama aku ke Dolly Dimsum di Nu Sentral, aku pergi sekali lagi ke Dolly Dimsum yang terletak di Avenue K pulaaa...hahahaha gigih kan...kali ni dengan ahli jemaah #gemokbersama iaitu azra, dzuli dan mrs...dan masa ni aku bersetuju ngan adik aku yang deko di sini lagi cantik daripada yang di Nu Sentral...tapi sebab ramai orang aku segan nak pi explore sampai belakang...layan je laa gambar mana aku sempat amik ni...
masa aku sampai ni dah lambat sebab kengkonon kepenatan tak tido semalaman layan stargazing dan milky way!haaa tu dia aktiviti baru aku gak tu selain hiking sekarang nih...hehehe makanya masa aku sampai diorang dah siap-siap order...aku cuma tinggal nak makan jer laaa...menu yang diorder aku tak ingat sangat...tapi lebih kurang jer laaa menunya pun kannn...hehehe...makan sambil mengantok weh masa ni...tapi gigih gak nak bersembang!hahahaha...ok next time aku nak terjah lagi Dolly Dimsum ni...nak coba menu lain pulakkk...nyum nyum...

4 comments: