Wednesday, January 25, 2017

Istana Alam Shah, Klang dan Double A Cafe, Ara Damansara

masa bulan puasa aritu aku ikut adik aku yang dapat jemputan untuk berbuka dengan Raja Muda Selangor kat Istana Alam Shah...haaa sakan la aku dapat masuk istana uols...hahaha program dimulakan dengan ceramah, buka puasa dan solat maghrib di Masjid Istana Diraja...lepas tu baru la semua dijemput ke dewan makan utama istanaaa untuk makan...lepas tu sambung terawih dan moreh...lepas moreh leh bergambar secara dekat dengan RMS...hehehe harus taklepas peluang ok!hehehe...
balik dari Istana Alam Shah, aku ajak adik aku singgah Double A Cafe yang terletak di Ara Damansara ni...sebelah je dengan Citta Mall tuh...haaa lama sangat dah dengar nama tapi tak pernahnya dapat singgah kan...hehehe masa kami sampai ni takde ramai sangat orang...tapi barisan kek yang ada tu menggoda juga...tapi sebab acah-acah diet, kita kawal perasaan masa nih...hahaha
sebabkan memasing dah kenyang makan kat istana, so kami just order coffee dan dessert je...ada yang ambil Iced Shaken Lychee Tea (RM11), Double A Dark Choc Mocha (RM11) dan aku layan Creme Brulee Latte (RM12) yang boleh tahan sedappp...
dessert plak kitorang share je rasa Nutella Tart (RM14) dan Sea Salted Choc Chip Cookies (RM10)...tart tu ok la sedap...dah nama Nutella kan, ada ke yang tak sedappp...hehehe tapi cookies tu biasa jer la pada aku...mayb pilihan makanan aku kali ni tak mengena...takde la aku rasa wowww sangat kafe ni...tapi adik aku suka je, selalu puji-puji...hehehe

No comments:

Post a Comment