Monday, November 6, 2017

Bukit Wawasan, Puchong

sejak dua menjak rajin berpeluh weekend ni, kita plan laaa dengan geng group sosial opis, group Ipoh dan kesekian untuk bersama-sama mendaki Bukit Wawasan yang terletak di Puchong...awal pagi sampai sana, gila ramai orang....masa kami pi ni cuti Deepavali tengah minggu, tu orang takpi mana, pi hiking kot...siap kena parking jauhhh kat luar tuh...
lepas sampai semuaaa ahli jemaah, kita pun mula kan la perjalanan...mula-mula mendaki ni dah menaik dah...batu dia macam licin sikit masa ni, dan ada air...sebab tu aku baca orang cakap kalo hujan kena lebih hati-hati sebab awal-awal tu macam licin laa...
habis pendakian yang sedikit licin tu, dah nampak view perumahan dah...sebab kawasan ni macam lapang sikit...niat nak bergambar terpaksa dibatalkan sebab panas sangat dannn rasa baru je mendaki...tak feel lagi nak bergambar...hehehe...
kemudian kita teruskan trekking, hiking dan bergambarrr...hehehe ada la masa jalan mendatar, masa menaik, ada masa menurun...ok la juga trek dia untuk insan gemuk seperti aku...pada aku doable juga laaa...sebelum pi kemain dengar trek dia payah...kat Bukit Wawasan ni ada 2 trek, kami naik lalu trek A...
dan beberapa meter terakhir sebelum sampai puncak tu, agak mencanak gak la ketinggian diaaa...beberapa kali gak la ahli jemaah berhenti masa ni...takpe kita slow and steady je laaa...yang acah-acah fit tu laju je laaa...yang fat ni kita ikut pace sendiri je...biar kawan-kawan tunggu lama sikit kat atas tu....hahaha...tak jauh sangat laaa pendakian ni, aku rasa dalam 40 minit je kot...ke kurang lagi...
sampai kat puncak Bukit Wawasan tu dah ramai gilaaa orang...kat atas ni macam Bukit Saga la, takde view pun...so kita layan melepak sambil makan nasi lemak yang dah siap tapau kat Petronas...hahaha mendakinya sikit, makan yang lebih kannn...sambil makan sambil sembang pasal lebah kelulut dan feromon...hahaha...
dah makan, dah sembang kita sambung bergambar kat puncak tu pula...macam-macam aksi laaa walaupun 200 meter je hiking kann...hahaha janji peluh tauuu...dari membuta je kat rumah pagi cuti camni...eh...hahahaha...
selesai bergambar, kitorang pun mula menuruni Bukit Wawasan...masa turun ni kita ikut trek B la plak..trek B ni lagi panjangggg dari trek A...sejam gak nak menurun ni...lalun pun macam tadi la kejap naik kejap menurun kejap mendatarrr...masa lalu sini la nampak laluan ke air terjun yang cantik tu, tapi dah tutup sebab tu kawasan larangan katanya...sobsss tak dapat mandi air terjun tau...
sampai bawah ada orang jual laksa dan air kelapaaa...so kita lepak la kejap minum air kelapa yang sedapppp dan sejuk!sambil tu sembang untuk next programmm...Aju dah ajak semua dah layan trekking di Sungai Chiling dan lepak bbq di rumah diaaa masa ni...hahahaha...setel minum dan sembang kami bersurai...aku dengan Mrs dan Ab je yang sambung cari lunchh...lapar beb!

2 comments:

  1. Replies
    1. haah mkl rugi sgt tp ada je yg redah je...tp br ni dgr ada kena fine smpi rm10k...xsnggup leee...

      Delete