Friday, November 10, 2017

Trip Jiwa Lara: Petchabun, Thailand

Sambungan dari: Trip Jiwa Lara: Kanchanaburi, Thailand

dan akhirnya kemuncak trip kali ini, seawal 4 pagi kami dah checkout dari hotel dan ambil airport transfer dengan kos THB30 seorang terus ke Don Mueang Airport...sampai airport, kami uruskan penyimpanan luggage yang besar di luggage storage, then bawak backpack je menuju ke boarding hall...memang masuk area domestic boarding hall ni ko tak nampak dah muka orang Malaysia, orang pakai tudung lagi laaa takdo...carik port baikkk punya, kami pun makannn bekal Pak Brahim's kita...hehehe...
jam 7 pagi kami selamat menaiki flight dari Bangkok menuju ke Phitsanulok!haaa kenapa tetiba nak ke Phitsanulok ni?macam jarang dengar orang ke sini kan...hehehe kami ke sini sebab nak jumpa member kitorang!actually dia adalah salah seorang consultant kat pejabat aku dulu dari ASEAN...but now dia dah berhenti kerja dan mengusahakan farm house kat sini...tu hajat kami nak terjah tuuu...hehehehe dan perjalanan dari Bangkok ke Phitsanulok mengambil masa cuma 55 minit jeee...
sampai di Phitsanulok, aku dan Cik Wi melepak minum kopi dan chayen duluuuu...sedang melepak tu, tetiba nampak Ms Jintana dari jauhhh...hehehe menjerit memasing sebab dah lama tak jumpa, dah akhirnya cakap-cakap kami untuk berjumpa di Thailand menjadi kenyataan....sebab selama ni kalo jumpa, asyik jumpa di Malaysia je kan...hehehe duk lepak bersembang kejap sambil minum-minum...
tak lama lepas tu kitorang pun nak meninggalkan airport...baru masuk kereta aku dah rasa nightmare tengok dua orang level 'makcik-makcik' ni nak guna waze!hahahahaha terus aku message Dr Chin ngaduuu...siap cakap, Dr Chin wish me luck with these 2 auntiesss...kahkahkah gelak besar Dr Chin...diorang berdua bincang nak set waze pun dah setengah jam weh...rasa nak buat rampasan kuasa steering je masa ni...hahahaha...
destinasi pertama kami adalah ke Pakistan Mosque di Phitsanulok ni...Ms Jintana cakap dia search ada kedai makanan halal area ni...baguskan dia ni, maybe sebab duduk Jakarta lama, kawan banyak muslim so dia alert laaa pasal makanan kita takleh sembarangan...siap google tau mana ada halal food...so sempat la kami berdua menziarahi masjid di Phitsanulok ni...
dari masjid kitorang ke kedai halal yang terdapat di situ...masuk je orang kedai tu tegur dalam bahasa melayu...gila lah rare...jauh dari negara orang, lagi ntah mana-mana lokasi Phitsanulok ni kan...ada orang cakap melayuuu...hahaha rupanya orang Pattani weh...sakan la kita bersembang!kat kedai ni kami makan nasi kaumak...sedapppp baru masak plak tu...panas-panas lagi...nyummeh!
seronok Ms Jintana tengok kami bersembang dan happy jumpa orang cakap Melayu ni, terus dia beriya suh kami ambil gambar bersama...hahaha...dia pun terkejut sebenarnya orang tu pandai cakap Melayuuu...sebenarnya sekitar ni ada lagi kedai halal, tapi rezeki haaa pi masuk kedai orang melayu...hehehe...
dah kenyang, dari Phitsanulok kami pun mulakan perjalanan menuju ke Petchabun...perjalanan mengambil masa 2 jam lebih gak...tapi kami banyak-banyak singgah...memula kami singgah di sebuah farm yang cantik...siap tapau strawberry kat sini...sakan Ms Jintana sembang dengan owner situ pasal pokok bunga...dia nak buat kat farm house dia jugaaa...sambil tu aku dengan Cik Wi sakan bergambar sekitar farm...
lepas tu kami singgah plak satu festival tempatan...aku pun tak sure festival apa...kami turun je laaa...Ms Jintana excited nak tunjuk kami bunga-bunga kat sini...almaklum kami pi ni hujung winter nak masuk spring...layan kan je la kan...sambil kita bergambar...
on the way ke Petchabun ni, sempat juga aku merasa makan 'kao lam' sejenis manisan orang tempatan...dia adalah macam pulut hitam yang dimasak dalam buluh kecil...rasa dia manis dah sedapppp...masa buka tu, kulit dalam buluh tu akan melekat pada pulut tu, so takde la melekit sangat tangan...haaa aku beli banyak dan makan dalam kereta...sedap gilaaa...murah je plak tu...
asal nampak bunga cantik je Ms Jintana berhenti kereta nak bagi kami tengok dan ambil gambar...sekali dua tu aku larat la, tapi kalo semuaaa nak berhenti, penat jugak la sis kan...tapi demi menjaga hati, kita turun gak laaa...tapi memang cantik pun...segar bugar bunga dia..mayb sebab masuk kawan bukit bukau ke gunung ganang tah...lebih kurang laaa...
then kami lalu Khao Kho, kawasan tanah tinggi yang orang suka camping...pastu kan, pagi sok ko bangun ko tengok awan karpet luar khemah ko...perghhhh menarik gila wehhh...aku teringin gila nak tido sini next time...leh laaa ambil gambar kaki dengan stokin yang terkeluar dari pintu khemah kan...sambil berlatarbelakangkannn awan karpet...
dan setelah entah berapa kali berhenti, lebih dari 3 jam perjalanan...ke sampai 4 jam perjalanan kami...akhirnya kami sampai di Jinta Raya Farm yang terletak di Petchabun!yeay!best gilaaa...masa aku pergi ni, farm house baru beroperasi, kalo korang tengok sekarang ni, memang dah lain sikit laaa...macam-macam dah dia tambah...korang leh usha di Facebook dan Airbnb ye...aku suka tagline tempat ni...'where slow life begins...' hehehe...
ko masuk je kawasan farm house ni, paling memikat hati memang barn house dia laaa...rumah 2 tingkat yang menempat 3 buah bilik tidoo...rumah ni boleh la nak muat 6 ke 8 orang...tapi masa kami datang ni, memang aku dan Cik Wi la conquer satu rumah tuuu...Ms Jintana ada rumah sendiri kat belakang tu...nanti aku tunjukkan ye...now aku tunjukkan gambar barn house dia ni duluuu...dia deko rumah ni ala english sikit pastu ala thai pun ada...campur-campur laaa...Ms Jintana ni lama kerja merantau, tu taste dah bercampur tapi cantikkk...aku suka gila barn house ni...
ini gambar kat tingkat bawah rumah...comel jer rumah ni aku rasa...kat bawah ada 2 bilik, ruang tamu dan dapur yang simple...tapi takde tempat masak laaa...tapi jangan risau, takkan lapar punya duduk sini...hehehe...kat luar barn house ni skang dah ada kafe dah Ms Jintana buat, sweet gilaaa...tak sabar nak repeat datang tempat ni...
naik ke atas, dia ada ruang melepak sikit dan sebuah bilik besarrr...aku cop bilik atas ni tau!hahaha...pastu ada beranda keluar gak, masa aku sampai ni, toilet kat atas ni tak siap lagi...but now tengok gambar dah siap dahhh kat belah beranda keluar tuuu...aku dah feeling nak layan bintang dah malam ni kat beranda tuuu...
toilet ada kat belah luar bawah tuu...besar gila toilet dia...leh mandi ramai-ramai...comel je partition toilet dia kan...tapi aku masuk sorang-sorang la...tak yakin aku nak mandi bersama Cik Wi...kang nampak yang tak sepatutnya kang sebab partition dia rendah je...hahaha...
dah habes tawaf rumah, staff farm house datang bagi air kelapa sejukkkk...gitu ada welcoming drinks tauuu...sedap gilaaa minum masa panas macam ni...fefeeling sangat tauuu...sambil tu buka sliding door kat barn house, layan pemandangan luarr...then Ms Jintana balik ke rumah dia, belakang barn house tu je...dan aku dan Cik Wi plak siap-siap solat dan berehat japp...
tak lama tu dengar Ms Jintana panggil...turun bawah je, wahhhhh makanan dan terhidang!hehehe Ms Jintana ni dah tau dah apa kami leh makan, apa takleh makan...so aku yakin je dengan dia...dia dah siap masak padthai yang sedap gilaaaa untuk kami!ditemani plak sayuran yang sangat freshhh dari farm beliau sendiri...best gila kannn...pastu ada buah epal kecik tu dan juga buah asam jawa punnn dari farm dia...terbaiklah!berselera sungguh aku makan, siap bertambah petang tu...
dah kenyang makan, petang tu dah redup sikit Ms Jintana ajak kami tourrr farm diaaa...masa memula ni aku ikhlas cakap la, aku datang sekadar courtesy untuk seorang kawan...aku bukan suka sangat duk farm ni kan...tapi lepas tour petang tu, aku kagum gilaaa..seriously, Jinta Raya Farm ini bukan sekadar farm biasaaaa...gitu aku buat tagline tau...bukan calang-calang orang Ms Jintana ni tau...semua benda kat farm tu ada sebab dia...aku leh kata farm ni samrt farm la...diorang memang apply semua green technology dalam menguruskan farm ni...baja pun compose sendiri guna waste dari ladang, tanaman yang ditanam semuaaa ada maksud dan sebab...kiranya semua hasil dari farm ini adalah hasil organik!haaa jom ikut aku tour ladang ni...memula kita fefeeling dulu depan storage room dia yang comel ni...jagung tu ingat perhiasan, rupanya sedang dikeringkan untuk makanan haiwan...hahaha...
memula aku ngan Cik Wi pi bagi makan kat Lovely Sheep ni...gerammmm je aku tengok tau, kalo dapat BBQ dia ni, sedap ni...tapi takde sape leh sembelih plak...tu masa borak ngan Ms Jintana, dia cakap ayah dia ada kenal sorang mamat Bangla ni, nanti lepas kami balik dia nak try tanya dan bincang ngan mamat tu kalo dia leh sembelih ayam, lembu dan kambing untuk farm ni...Ms Jintana ni kalo leh nak jadikan farm house dia ni muslim friendly laaa...aku surprise tak bau busuk pun tau farm dia ni...rupanya dia buat sendiri daripada waste farm tu, hasilkan macam enzim kot yang ditaburkan keliling farm untuk hilangkan bau...kagum gila akuu weh...dari sheep, kita pi layan Naughty Cow plak...comel je kannn...hehehe...
pastu kami diberi penerangan pasal baja kompos kat sini...bagus Ms Jintana ni, dia ajar staff dia sayangkan kerja....cerita sendiri pada kami pasal kerja mereka...walaupun gagap-gagap nak cakap english, tapi ok jer diorang...memang style laaa Ms Jintana encourage diorang belajar english, konpiden berkomunikasi dengan orang luar...hehehe...mamat tu pun kemain semangat menerangkan kerja dia pada kami...
selain lembu dan kambing, ada ayam dan itik gak kat sini...ayam tu plak ada ayam telur dan ayam daging...Ms Jintana siap gunakan Automatic Egg Incubator untuk mempercepatkan telur dia menetas dan makin banyak laaaa ayam yang dia ada kat farm ni...comel gilaaa...hahaha masa kami pi ni je dah beratusss anak ayam daging dan ayam telur...masa ni kami berjumpa dengan ayam Ms Jintana...dia duk cerita pasal ayam dia laa...sayangnyaaa laaa tak dapat makan ayam masa ni...sobbbsss...
then kami dibawa ke kolam ikan kat belakang tuuu...Ms Jintana ni ingat kami ni takleh makan ikan air tawar sebab asyik sebut leh makan seafood, mana dia tau freshwater fish leh makan!hahaha betul jugak kan, kita kan kalo cakap leh makan apa, kita jawap seafood!hahaha bila aku cakap leh makan, terus dia cakap kat staff dia, malam ni kita bakar ikan!hahaha yeay!i loike...masa ni Ms Jintana cerita la plan dia untuk kolam ni, macam-macam dia nak buat...sekarang ni mesti lagi best ni kannn...
then ada gak kawasan lapang yang diorang tengah tanam tanaman apatah, katanya tanaman tu untuk menyuburkan tanah sebelum ditanam dengan padi!yess diorang plan nak tanam padi sendiri ok...hahaha kagum gila aku...pastu ada gak diorang tanam serai keliling farm, katanya serai wangi tu leh halau lalat juga...gila lah memang intelligent sungguh!
lepas pusing farm ni, aku dan Cik Wi kagummmm...ini bukan farm biasa ni...ini intelligent farm!aku cakap ngan Ms Jintana, this farm kinda remind me kepada sekolah Punsukh Wangdu dalam cerita 3 Idiots...seriously terbaiklah!
then Ms Jintana bawa kami ke rumah dia, belakang barn house tu je...antara tu adalah kawasan untuk BBQ juga hammock kalo nak melepak...tepi kawasan BBQ tu plak ada kebun sayur...so nanti nak makan leh petik terus jeee...hehehe...rumah Ms Jintana je yang ada complete dapur, so dia memasak kat situ la untuk kitaa...ayah dia pun ada rumah sendiri dalam kawasan farm tu, belakang sikit lagi...actually dalam farm ni ada anjing, tapi bila kami datang Ms Jintana suruh ayah dia bawa semua anjing ke area umah ayah diaaa...
dah penat tour tu, kami dihidangkan dengan air pandan sejukkk...nyummeh la wehhh...hahaha fresh gila la kan pandan main petik kat kebun tu je haaa...sambil minum kita layan angin petang dan sunset...berakhirlah hari pertama kami di farm house ini...
balik barn house, aku saje ambil gambar malam pula...saje la nak share ngan korang...pastu naik atas, laju aku tutup semua tingkap...ye la, takut gak sebab keliling tu macam hutan je kan...aku ni imaginasi liar sikit...hahah tapi Ms Jintana kata tu kawasan kampung, tak payah takut pun..dia suh buka je...iskkk aku tak berani...hahahaaaa
dan malam tu kami dinner makan ikan bakar yang dibakar oleh staff dia yang comel...hahaha aku lupa dah nama dia tapi dia baik laaa...rajin melayan kami berdua ni...makan ikanbakar dengan sambal sedap dan ulaman dari kebun...masa makan daun ketumbar abes, sebab aku suka gila makan...terus mamat ni bangun dan petik, siap basuh dan hulurkan pada aku...wallaaaawei terbaiklah!hahaha...
dan malam tu, makcik berdua tu konon nak layan aku stargazing...sekali kul 10 malam dua-dua dah ngantok...aku je laaa gigih lepak kat beranda tingkat atas tu sambil layan perasaaan...sambil main internet, dan juga sambil layan perasaan lara...tapi masa ni lara dah makin terubat sebab enjoyyy dengan trip ini...malam tu bulan besar dan cantik gilaaaaa....terpesona melihatnyaaaa...dan tak lama tu bulan menyorok kejap, dan bintang pun menampakkan diri...cantikkk...tapi aku pun tak stay lama luar tu, sebab penat dan ngantok dahhh...dalam kul 1 pagi kul aku pun masuk tido...tengah malam tu ada gak terjaga pi toilet luar, memula seram, lama-lama rasa ok jer la...rasa selamat... #laraDJ

6 comments:

  1. lawa gilaaaa.....tolong mintak harga kawan2 plis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo aku ada leh laaa dapat harga kengkawan sis....hahahaha...

      Delete
  2. ikan tu ikan apa? mcm ikan kembung. tapi ikan air tawar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xingat la ikan apa kay. Dah lamaaa...haha tp mmg rupa kembung kan?

      Delete