Thursday, May 3, 2018

40 before 40

masih ingat post 35th Birthday Trip... aku minggu lepas?hahaha finallyyyy ada juga yang jawab dengan betul...hahaha malas nak share kat sini nama tempat, nak tau pi baca komen kat post tu!hahaha kepada Anonymous yang berjaya menjawab dengan tepat sekali, silaaa email saya nama dan alamat awak yer!InsyaAllah kalo ada rezeki dan sampai saya ke sana, saya belikan awak souvenir seperti yang dijanjikan ye!hehehe...
ok nak merepek lagi ni, asyik merepek je kan lately....hahaha aku selama ni kan, dalam kepala otak aku pikir, aku nak pi Maldives kalo nakpi honeymoon je!hahaha apa barang pergi Maldives ngan kawan-kawan haruk pikuk!hehehe tapiiii lepas baca post di akudantapakkakiku mengenai percutian dia dengan ahli jemaah menteri mengarut dia ke Maldives tu, terus rasa terujaaa...terus rasa macam mesti ada kawan-kawan yang menyahut nak ikut ni kalo aku ajak pi Maldives ni...hahaha mesti cantikkk ambil gambar ramai-ramai dengan ootd senada sewarna kat Maldives ni...hehehe lagipun nak tunggu honeymoon tu, aku rasa macam tak nampak bayang dah...hahaha...so pasrah je la, langgar prinsip sendiri...okayyy nanti kita plan ye trip ke Maldives...semoga tercapai laaa impian dan cita-cita ku ini...Amin...hehehe....
dannn satu masa dulu, zaman aku gila travel, aku pernah berazam nak pergi ke 40 buah negara sebelum aku berumur 40 tahun...haaa nampak gayanya dah jauh tertinggal dah aku ni...sebabnya dah beberapa tahun aku takde tambahan negara baru dalam list yang telah dijejaki...huhuhu...bayang la negara baru paling akhir aku jejak adalah Philippines pada tahun 2015...now dah 2018 tau...tak ke payah dah nak capai azam aku tu...lagi 5 tahun je tinggal...sedih la camni...huhuhu...kalo nak cuba capai gak, ada 17 buah negara lagi aku kena jejak!haaa gilalah dalam 5 tahun nak terjah 17 negara hahahaha...adoi azam tinggal azam je la camni...hahaha...tapi kalo nak berangan kan, 17 buah negara tu. aku rasa aku nak pergi ke:
1. Laos
2. Myanmar
3. Taiwan
4. Nepal
5. Sri Lanka
6. Maldives
7. Turki
8. Egypt
9. UAE
10. Jordan
11. South Africa
12. Belgium
13. Sepanyol
14. Switzerland
15. France
16. Austria
17 Czech Republic

haaa amacam?kalo aku kerja cop duit, maybe laaa boleh capai impian aku nak jelajah ke semua negara ni dalam masa 5 tahun...namun apakan daya, aku cumalah seorang pekerja makan gaji dengan kadar keberhutangan yang tinggi...kehkehkeh...so kita simpan je laa angan-angan nij...hahahaha...takpe, berangan tu percumaaa...hahaha...

6 comments:

  1. Mana tau angan-angan jadi kenyataankan.. sapa tau..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...yupp sape tau kan?hehe

      Delete
  2. mana tahu nanti dapat suit sedebuk tiap2 bulan travel satu Negara terus habis tak sampai pun 2 tahun.

    saya pun berangan juga ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aminnn...insyaAllah sape tau kan?heheheh

      Delete